Lubuk Timah Hotspring & Homestay Murah di Ipoh

Lubuk Timah Hotspring & Homestay Murah di Ipoh

Pusat Rekreasi Lubuk Timah, Simpang Pulai Perak ini tak jauh pun dengan homestay D’Pallet Pengkalan ( Homestay yang murah dan berpatutan di Ipoh ). Ia dibuka bermula jam 8 pagi sehingga jam 7 malam setiap hari.

Selain kawasan air terjunnya yang memang sejuk giler, ada kolam air panas yang bersaiz kecil tau. Untuk pengtahuan anda yang ingin berkunjung ke Cameron Highland. Pusat rekreasi Lubuk Timah ni  berada di pinggiran kaki bukit sahaja. Dari Tol Simpang Pulai, anggaran masa sekitar 10 minit memandu.

Namun tak ramai yang tahu dan kurang berminat. Rasanya mungkin disebabkan kurangnya aktiviti promosi & pemasaran.

Kemudahan yang ada di sini boleh kata TERBAIK lah. Selain kebersihan dan dijaga, ada kawasan khusus untuk aktiviti menunggang kuda dan memanah.

Selain itu, ada juga rumah penginapan sesuai untuk aktiviti seperti kem motivasi. Ada surau dan juga bilik mandi yang memang puas hati.

Jika dari jalan besar, anggaran masa untuk sampai ke Pusat Rekreasi ni kira-kira dalam 1 minit sahaja. Tapi cukup tenang dari hiruk pikuk jalan besar.

Bagi yang bercadang untuk beriadah di sini, caj yang dikenakan pun agak berpatutan . Untuk dewasa, RM5 sahaja. Manakala kanak-kanak di antara umur 4-12 tahun & warga emas, caj nya ialah RM3. Bawah 4 tahun, PERCUMA.

 

Ok tak?

Oh ya..Perjalanan ke Pusat Rekreasi Lubuk Timah ni dari Homestay hanya memakan masa sekitar 15 minit sahaja.

Untuk tempahan Homestay di Ipoh Yang Murah dan berpatutan, kami menyediakan penginapan yang pastinya selesa untuk anda.

Homestay d’Pallet Pengkalan 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat
1
Nak tempah homestay?